Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 21 Disember 2009

Mengisi masa cuti dengan memancing di sungai.

Assalamulaikum dan salam sejahtera...
Masa cutilah masa yang seronok kerana banyak aktiviti yang boleh saya lakukan seperti membaca buku, menolong ibubapa dan yang paling saya suka iaitu memancing ikan di sungai dekat kawasan rumah sahaja.Saya sungguh gembira dapat tinggal di rumah yang terletak di atas bukit dan mempunyai kawasan yang cantik, serta mempunyai sungai yang membolehkan saya memancing dengan adik-beradik .
Setiap petang, selepas siap kerja rumah, saya dan kakak pergi ke sungai untuk memancing . Ikan yang ada di sungai banyak tetapi kecillah he..he..he..Perkara yang paling seronok yang saya rasa, ialah apabila saya mendapat ikan apatah lagi mendapat ikan yang sederhana besar itupun syok juga .Ada juga kadang-kadang saya dan kakak bertanding, siapa yang dapat ikan yang banyak dan umpan siapa yang laku.
Saya gembira dapat memancing di sungai bersama-sama dengan adik-beradik, di masa cuti ini .Dan yang pasti saya akan jadikan pengalaman ini pengalaman yang menyoronokan di masa cuti ini. Assalamulaikum dan salam satu Malaysia see u again ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan