Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 21 Disember 2009

Mengisi masa cuti dengan memancing di sungai.

Assalamulaikum dan salam sejahtera...
Masa cutilah masa yang seronok kerana banyak aktiviti yang boleh saya lakukan seperti membaca buku, menolong ibubapa dan yang paling saya suka iaitu memancing ikan di sungai dekat kawasan rumah sahaja.Saya sungguh gembira dapat tinggal di rumah yang terletak di atas bukit dan mempunyai kawasan yang cantik, serta mempunyai sungai yang membolehkan saya memancing dengan adik-beradik .
Setiap petang, selepas siap kerja rumah, saya dan kakak pergi ke sungai untuk memancing . Ikan yang ada di sungai banyak tetapi kecillah he..he..he..Perkara yang paling seronok yang saya rasa, ialah apabila saya mendapat ikan apatah lagi mendapat ikan yang sederhana besar itupun syok juga .Ada juga kadang-kadang saya dan kakak bertanding, siapa yang dapat ikan yang banyak dan umpan siapa yang laku.
Saya gembira dapat memancing di sungai bersama-sama dengan adik-beradik, di masa cuti ini .Dan yang pasti saya akan jadikan pengalaman ini pengalaman yang menyoronokan di masa cuti ini. Assalamulaikum dan salam satu Malaysia see u again ...

debaran ke sekolah menengah

Assalamulaikum dan salam sejahtera
Setiap orang pasti akan ke sekolah menengah, setelah enam tahun berada di sekolah rendah.umur saya hampir 13 tahun dan tahun depan saya akan ke sekolah menengah.Saya harap saya akan ke sekolah menengah yang saya inginkan dan tinggal di asrama penuh.Entahlah di mana saya akan bersekolah menengah.Terasa hatiku berdebar -debar untuk ke tingkatan satu.Mudah-mudahan saya dapat kawan yang ramai dan baik seperti di sekolah rendah.
Apayang penting saya haruslah sentiasa berdoa agar tidak mendapat pengaruh yang jahat dan mendapat ramai kawan yang baik - baik .Di sekolah menengah nanti banyak pelajaran yang akan saya pelajari jadi, saya perlu belajar bersungguh - sungguh .Sampai sini sajalah see u....

Khamis, 17 Disember 2009

Sedihnya berpisah dengan kawan-kawan sekelasku di SK.Penagatan, Keningau..namun apa daya...


Assalamulaikum dan salam sejahtera....
Setiap detik yang berlalu kurasakan begitu cepat berlalu.
....setelah enam tahun bersama-sama dengan rakan sekelas, akhirnya berpisah juga dan meninggalkan alam keanakan dan memulakan alam remaja.
Kini aku akan memulakan langkah ke tingkatan 1 terasa hatiku berdebar -debar.
Dan, sekarang saya sedang menunggu tawaran ke sekolah menangah.
Huu..saya tidak sanggup untuk meninggalkan kawan-kawan sekelas saya yang baik -baik belaka terutamanya kawan-kawan perempuan tapi..apa boleh buat dah nasib badan he..he..
Teringat lagi di saat hari terakhir berada di sekolah dan masa itu diadakan majlis perpisahan kami menangis kerana sedih untuk berpisah dan meniggalkan sekolah tercinta.
Tapi apa boleh buat kan saya kena teruskan persekolahan saya di sekolah menengah dan menuju ke alam remaja . Entahlah macam mana tahun depan adakah saya akan mendapat kawan yg baik .Semoga saya dapat menumpukan perhatian saya dalam kelas dan dapat mengembirakan kedua ibubapa saya dengan keputusan saya dalam pelajaran Insyallah.
sampai di sini saja kata kata saya moga kawan- kawan sya tidak lupakan saya ye...
saya akan merindui kamu semua biarpun kita jauh di mata, tapi dekat di hati .

Isnin, 2 November 2009

Teks 1 Malaysia Karya Ciptaku





Asalamualikum dan salam sejahtera.

Teks karyacipta saya tentang 1 Malaysia.
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan mengamalkan corak pemerintahan berdemokrasi.
Walaupun negara Malaysia mempunyai pelbagai lapisan masyarakat,namun perpaduan adalah diutamakan.Meskipun bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi,Negara Malaysia bebas mengamalkan adat dan kebudayaan masing-masing tanpa ada persengketaan di antara satu sama lain.
sesuai dengan konsep satu Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.Sempena dengan hari kemerdekaan yang ke 52 tahun ini,menteri baru kita iaitu Yang Amat Berhormat Najib Tun Abdul Razak,menggesa kepada semua masyarakat agar mengeratkan tali sillaturahim di antara satu sama lain di dalam pelbagai kaum.
Melalui perayaan,setiap kaum akan dapat merayakan perayaan tersebut.Dengan itu hubungan dan tali sillaturahim akan dapat dierakan.Sesungguhnya amalan kunjung -mengunjungi adalah satu amalan yang seharusnya diamalkan oleh semua masyarakat di Malaysia.
Masyarakat di negara kita,mempunyai masyarakat yang pelbagai kaum dan agama.setiap kaum di Malaysia juga,mempunyai budaya yang unik dan warian budaya.Misalnya terdapat perbezaan atara muzik,tarian dan bahasa.walaubagaimanapun,setiap kaum perlu mengenali budaya yang terdapat di Malaysia.
Setiap individu perlu berbangga dengan budaya sendiri dan mengamalkannya dalam kehidupan.setiap kaum juga perlu hormat-menghormati dan bertagur-sapa di antara satu sama yang lain, kita juga perlu berpegang teguh pada agama kepercayaan dan adat resam masing-masing.