Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Ogos 2010

Tangan kiri tangan kanan


Tengok tangan kiri .Selalunya tangan kiri kurang bagus dari tangan kanan.Sekarang tengok tangan kanan .Betuk ke selalunya lebih mahir berbanding tangan kiri ?
Bagi orang yang tidak kidal, sifir ini betul .Tangan kanan lebih bagus atau lebih cekap ,lebih tangkas ,lebih mantap berbanding tangan kiri.
Jika gunakan tangan kiri sahaja , hampir semua kerja yang dibuat, tidak dapat diselesaikan dengan cepat dan tepat .Tangan kanan pun serupa. Tapi, jika kedua-dua tangan digunakan kerja jadi cepat dan baik.Cuba menaip dengan satu tangan memang lambat cuba pandang dengan sebelah mata pandangan tidak berapa jelas.cuba berdiri dengan satu kaki ,selalunya tidak berapa stabil cuba tutup bebelah telinga pendengeran tidak berapa jelas cuba tutup sepelah hidung, selalunya sukar untuk bernafas.
Itu membuktikan yang kita memerlukan orang lain untuk cermerlang.Untuk menjadi luar biasa, kita memerlukan orang lain .Sama macam tangan kanan memerlukan tangan kiri dan kaki kanan memerlukan kaki kiri .
Jadikan orang lain unuk cermerlang sebagaimana tangan kanan memerlukan pasangannya, kaki memerlukan pasangannya ,telinga memerlukan pasangannya.Dipetik dari kata -kata Dr Hm Tuah Iskandar al-Haj

Sabtu, 12 Jun 2010

senyum



Terdapatbanyak jenis senyuman dan yang
yerbaik adalah senyuman hati ...

Senyumlah dari hati, duniamu berseri ,
satu iklan Maybank yg saya gemari adalah iklan mengenai 'senyum'liriknya seperti berikut:( Dato' Dr.Fadzila Kamsah)

Senyum seindah suria yang membawa cahaya
Semyumlah dari hati duniamu berseri
Senyum umpama titian dalam kehidupan
kau tersenyum ku tersenyum kemesraan terjalin
Senyum kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah ikatan..

Adakah terlalu susah hendak menjadi individu menarik?
Bermulalah dengan senyuman yang datang dari hati.

Mahal senyuman menjadikan orang tidak menarik.
Ramai orang merungut kerana mereka diangap oleh orang lain sebagai bongkak dan sombong pada permulaan perkenalan mereka.Selepas beberapa berkawan, ataupun berurusan, barulah dia menyedari dia seorang peramah dan kelakar.Alangkah malangnya satu perhubungan atau persahabatan yg sepatutnya sudah memasuki peringkat intim menjadi tawar hanya seseorang tidak suka senyum . Orang yg susah senyum susah dilihat menarik .

Bicara hati diperlihat pada bicara mata
Lihatlah mata orang semasa tersenyum.Perlu diingati, tidak semua keadaan orang yang mampu mengukirkan senyuman dan mata tersenyum sekali. Lakukannya pada tempatnya.Terutamanya berjumpa dengan orang yang kita rapat dan sayang.Senyuman jenis ini lebih sesuai.