Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 29 Disember 2010

Doa akhir tahun


Tidak ada manusia yang sempyrna kerana setiap satunya pasti pernah melakukan kesilapan . Namun kesempurnaan itu pasti boleh dimiliki jika kita sentiasa memberbaiki kelemahan diri . Berdoalah kepada-Nya agar kehidupan ini sentiasa disinari cahaya-Nya.
Menjelang akhir tahun ini usah lupa akan doa yg bermaksud:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW , ahli keluarga dan sahabat2 baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan , apa yg telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara2 yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya .
Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku , tetepi Engkau telah mengilhamkanku dengan taubat selepas aku melakukan perkara yang ditegah. sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu , maka ampulilah aku . Dan tidalah aku melakukan yang demikian daripada yang Engkau redainya dan Engkau menjanjikanku pahala atas apa yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.

Wahai Tuhan! Wahai yang maha Pemurah! Wahai yang Maha Agung dan Wahai yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Yang maha Pemurah. Dan AllahSWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad , ke atas ahli keluarga dan sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
barang siapa yang membaca doa ini maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan