Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 14 Jun 2010

KENAPA IKAN TIDAK BERLIDAH?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rasullah s.a.w bersabda ,"sejahat-jahat manusiapada hari qiamat nanti ialah orang yang bermuka dua .Barang siapa yang bermuka dua di dunia maka di hari qiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari api neraka jahanam ."Sabda Rasullah lagi,"Tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita."Bila ditanya apakah hikmahnya , baginda menjawab ,"Sesungguhnya Allah s.a.w telah menciptakan semua mahkluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata ."Salah seorang sahabat pun bertanya,"Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?"Sabda Rasullah s.a.w ,"Setelah Allahs.w.t selesai mencipta Adam a.s .maka diperintahkan sekelian rakyat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat ikut akan perintah Allah s.w.t kecuali iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud maka Allah s.w.t menglaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan dihapusnya rupanya yang elok itu lalu dihantarnya ke bumi .Apabila diturunkan ke bumi, iblis teus menuju ke laut.Pertama sekali yang dijumpai iblis ialah ikan.
Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam a.s kepada ikan,Katanya "Sesungguhnya Adam amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan,"Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu, ia pun menghebohkannya kepada binatang laut tentang berita Adam a.s.Oleh kerana Allah s.w.t tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.

Sabtu, 12 Jun 2010

senyum



Terdapatbanyak jenis senyuman dan yang
yerbaik adalah senyuman hati ...

Senyumlah dari hati, duniamu berseri ,
satu iklan Maybank yg saya gemari adalah iklan mengenai 'senyum'liriknya seperti berikut:( Dato' Dr.Fadzila Kamsah)

Senyum seindah suria yang membawa cahaya
Semyumlah dari hati duniamu berseri
Senyum umpama titian dalam kehidupan
kau tersenyum ku tersenyum kemesraan terjalin
Senyum kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah ikatan..

Adakah terlalu susah hendak menjadi individu menarik?
Bermulalah dengan senyuman yang datang dari hati.

Mahal senyuman menjadikan orang tidak menarik.
Ramai orang merungut kerana mereka diangap oleh orang lain sebagai bongkak dan sombong pada permulaan perkenalan mereka.Selepas beberapa berkawan, ataupun berurusan, barulah dia menyedari dia seorang peramah dan kelakar.Alangkah malangnya satu perhubungan atau persahabatan yg sepatutnya sudah memasuki peringkat intim menjadi tawar hanya seseorang tidak suka senyum . Orang yg susah senyum susah dilihat menarik .

Bicara hati diperlihat pada bicara mata
Lihatlah mata orang semasa tersenyum.Perlu diingati, tidak semua keadaan orang yang mampu mengukirkan senyuman dan mata tersenyum sekali. Lakukannya pada tempatnya.Terutamanya berjumpa dengan orang yang kita rapat dan sayang.Senyuman jenis ini lebih sesuai.

Isnin, 7 Jun 2010

i luv islam

Bersabar dan berusaha menghadapi dugaan kejayaan pasti tercapai.
Setiap dugaan itu ada hikmah di sebaliknya, setiap masalah itu ada jalan penyelesainya.Insyaallah..

Ahad, 6 Jun 2010

kelebihan orang menuntut ilmu


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Daripada Abu Darda r.a berkata:Aku mendengar Rasullah SAW bersabda; "Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu,maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk ke syurga . Sesungguhnya Malaikat meletakkan sayapnya untuk menaungi penuntut ilmu kerana redha atas apa yang dilakukannya .Sesungguhnya seseorang alim itu akan diminta ampun baginya makhluk yang di langit dan di bumi hinggakan ikan - ikan di laut . Kelebihan seorang alim berbanding seorang adib,ialah ibarat rembulan kepada bintang -bintang yang lain , seesungguhnya para ulama ialah pewaris nabi-nabi , dan sesungguhnya nabi tidak mewariskan dinar atau dirham , tetapi mereka mewariskan ilmu ,barang siapa yang mendapatkannya, maka dia telah mendapat satu keuntungan yang besar."(Hadis riwayat Abu Daud dan At- Tirmizi)

Jumaat, 4 Jun 2010

Akhlak yang baik


untuk hati kita tenang,
jangan hasad dengki dengan orang
jangan berdendam dengan orang
orang berbuat jahat dengan kita,
lupakansaja.Dan doakan mereka ,
nanti hati rasa lapang