Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 12 Mac 2012

Wanita tercantik di dunia.


siapakah wanita tercantik di dunia?Wanita soleha itulah yang cantik kerana kecantikan itu terletak pada budi bukan pada body.Dan salah satu ciri penting wanita soleha ialah menutup aurat!merekalah bayangan bidadari syurga di dunia.
Dengan menutup aurat wanita solehah telah membuat piihan yang tepat dengan memilih sebaik-baik "pakaian" iaitu pakaian takwa.AllahSWT berfirman yang bermaksud:"Wahai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untukmu menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan, dan pakaian takwa itulah yang paling baik.yang demikian itulah sebahagian daripada kekuasaan AllahSWT, mudah-mudahan mereka selalu ingat."(Surah al-A'raf 7:26)
Bagi wanita muslimah, berbanggalah dengan identiti yang ditentukan oleh Allah SWT untukmu. Buktikan rasa bangga tersebut dengan tam[il yakin mrnutup aurat.Tutuplah aurat ,insyallah dunia dan akhirat selamat.

Sabtu, 12 Mac 2011

Rabu, 29 Disember 2010

Doa akhir tahun


Tidak ada manusia yang sempyrna kerana setiap satunya pasti pernah melakukan kesilapan . Namun kesempurnaan itu pasti boleh dimiliki jika kita sentiasa memberbaiki kelemahan diri . Berdoalah kepada-Nya agar kehidupan ini sentiasa disinari cahaya-Nya.
Menjelang akhir tahun ini usah lupa akan doa yg bermaksud:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW , ahli keluarga dan sahabat2 baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan , apa yg telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara2 yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya .
Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku , tetepi Engkau telah mengilhamkanku dengan taubat selepas aku melakukan perkara yang ditegah. sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu , maka ampulilah aku . Dan tidalah aku melakukan yang demikian daripada yang Engkau redainya dan Engkau menjanjikanku pahala atas apa yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.

Wahai Tuhan! Wahai yang maha Pemurah! Wahai yang Maha Agung dan Wahai yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Yang maha Pemurah. Dan AllahSWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad , ke atas ahli keluarga dan sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
barang siapa yang membaca doa ini maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ."

Jumaat, 10 Disember 2010

10 amalan yang mendatangkan cinta Allah s.w.t



1.Membaca Al-Quran dengan memahami dan merenung maknanya.
2.Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah sunat setelah melakukan ibadah
wajib.
3.terus-menerus mengingati Allah dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau
dengan amalan dan keadaan dirinya sendiri.
4.lebih men dahulukan kecintaan pada Allah daripada kecintaan dirinya sendiri ketika dia
dikuasai hawa nafsunya.
5.merenung , memerhatkan ,dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.Begitu pula hatinya
selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali.
6.memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah dia berikan kepada kita , baik
nikmat lahir mahupun batin.
7.inilah yang begitu istimewa iaiti menghadirkan hati secara keseluruhan takala melakukan
ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung dalamnya.
8.duduk bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.
9.bermunajat kepada Allah serta membaca kalam -Nya(al-Quran).
10.menjauhkan diri daripada segala dosa dan kejahatan.

Rabu, 24 November 2010

gud luck SPM to my sister, Nurhabibah and all his friend..

Isnin, 22 November 2010

Doa Rasullah S.A.W

Ketika ibu Abu Hurairah masih belum memeluk islam, beliau selalu memujuknya agar mengikut agama yang dibawa oleh Rasullah SAW. Tetapi tindakannya iyu dibalas dengan ucapan yang menjelekkan . Beliau merasa sangat sedih & bertemu dengan Rasullah SAW. "Wahai Rasullah, aku mengajak ibuku masuk islam tetepi dia tidak mahu. Malah dia mengucapkan sesuatu tentang mu yang aku benci. Doakanlah kepada Allah SWT agar dia diberikan hidayah", pinta beliau . Mendengar permintaan itu , baginda terus berdoa "Ya Allah , berikanlah hidayah kepada ibu Abu Hurairah "Abu Hurairah pulang dengan perasaan girang. Ketika sampai di pintu rumah , ibunya menyuruhnya tidak membuka pintu . Tidak lama kemudiannya ibunya membuka pintu sambil berkata"Wahai Abu Hurairah, Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah SWT & muhammad adalah hamba dan rasulnya.

Jumaat, 15 Oktober 2010

...Pelajar menjadi cermerlang bukan kerana
mereka 'pintar'.
Manakala pelajar yang lemah atau gagal
bukan pula kerana mereka 'bodoh'..
Dipetik dari kata2 Dr.Mohd Sukri Abdullah.