Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 2 November 2009

Teks 1 Malaysia Karya Ciptaku





Asalamualikum dan salam sejahtera.

Teks karyacipta saya tentang 1 Malaysia.
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan mengamalkan corak pemerintahan berdemokrasi.
Walaupun negara Malaysia mempunyai pelbagai lapisan masyarakat,namun perpaduan adalah diutamakan.Meskipun bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi,Negara Malaysia bebas mengamalkan adat dan kebudayaan masing-masing tanpa ada persengketaan di antara satu sama lain.
sesuai dengan konsep satu Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.Sempena dengan hari kemerdekaan yang ke 52 tahun ini,menteri baru kita iaitu Yang Amat Berhormat Najib Tun Abdul Razak,menggesa kepada semua masyarakat agar mengeratkan tali sillaturahim di antara satu sama lain di dalam pelbagai kaum.
Melalui perayaan,setiap kaum akan dapat merayakan perayaan tersebut.Dengan itu hubungan dan tali sillaturahim akan dapat dierakan.Sesungguhnya amalan kunjung -mengunjungi adalah satu amalan yang seharusnya diamalkan oleh semua masyarakat di Malaysia.
Masyarakat di negara kita,mempunyai masyarakat yang pelbagai kaum dan agama.setiap kaum di Malaysia juga,mempunyai budaya yang unik dan warian budaya.Misalnya terdapat perbezaan atara muzik,tarian dan bahasa.walaubagaimanapun,setiap kaum perlu mengenali budaya yang terdapat di Malaysia.
Setiap individu perlu berbangga dengan budaya sendiri dan mengamalkannya dalam kehidupan.setiap kaum juga perlu hormat-menghormati dan bertagur-sapa di antara satu sama yang lain, kita juga perlu berpegang teguh pada agama kepercayaan dan adat resam masing-masing.